Mengenai Kami

Latar Belakang


Pertubuhan Amal Prihatin Sabah Resources ditubuhkan dengan hasrat untuk menjadi sebuah wadah kebajikan yang menyantuni masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Pertubuhan ini memberi tumpuan kepada aktiviti amal, bantuan kemanusiaan, kebajikan sosial, pendidikan serta pembangunan komuniti khususnya di negeri Sabah.


Dengan sokongan daripada sukarelawan, rakan strategik dan masyarakat, pertubuhan ini bertekad untuk mengurangkan beban golongan yang memerlukan, memperkukuh jaringan solidariti sosial, serta menyemai nilai prihatin dan kasih sayang dalam kalangan rakyat.



Visi


“Menjadi organisasi amal yang berintegriti, berkesan dan dipercayai dalam membangun kesejahteraan masyarakat serta menyemai budaya prihatin demi masa depan yang lebih baik.”


Misi

  • Menyalurkan bantuan kebajikan kepada golongan asnaf, anak yatim, fakir miskin, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang memerlukan.
  • Menjalankan program pendidikan, kesedaran sosial dan pembangunan komuniti untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.
  • Mengeratkan hubungan kerjasama dengan agensi kerajaan, badan korporat, NGO lain serta masyarakat bagi memperluas jaringan bantuan.
  • Menerapkan nilai-nilai prihatin, kasih sayang, keikhlasan dan kesukarelawanan dalam setiap program dan aktiviti.
  • Mengurus sumber dan sumbangan dengan penuh amanah, telus dan berakauntabiliti.